Sabtu, 26 Oktober 2013

RAY & RIN ONLINE SHOP

Coming Soon....








InsyaAllah dalam perancangan untuk buat kedai on9 pelbagai barangan.Tumpuan kepada barangan bundle dan lain-lain..

Bukan saja sibuk dengan kerja kami ni pasal loan jea..tapi sekarang duk sibuk mencari barangan bundle yang berkualiti dan yang berjenama mngikut minat dan kesukaan orang luar dan orang kita jugak..

Dalam sehari lepas sttlekan kije akan try curi masa pergi ke kedai-kedai bundle cari barangan macam baju,jaket,topi,seluar,termasuk la patung sekali..Untuk dewasa dan kanak-kanak..Ada kedai bundle yang memang takde barang yang ok tapi ada yang menarik minat untuk dibeli..Memang agak letih mencari barangan bundle yang menepati cita rasa..

Erin ni yang memamg asal tak minat kepada barangan bundle dah start minat dan ambik tahu dunia bundle.THANKS TO MR SHAHRIL merangkap en tunang..Dari pencarian bundle boleh cari duit jugak.Tambahan untuk majlis kahwin me nanti.INSYAALAH mudahan dipermudahkan..Bukan senamg untuk mencapai kesenangan.Kena usaha yang gigih baru lah akan ada hasil.

Alhamdulillah berkat beberapa minggu ni hasil pencarian bundle dapat la sedikit sebanyak barangan bundle yang berkualiti dan berjenama..

Nak habaq mai dari bukak kedai bundle sendiri belum tentu boleh dapat income yang bnyk..contoh dalam satu guni baju tak semestinya semuanya barang berjenama dan berkualiti..So rasanya lebih baik kita ni cari di setiap kedai-kadai bundle jea..InsyaAllah dari satu kedai akan dapat yang ada kualiti.kalau pergi ke 3-4 kedai memang boleh dapat la yang ok..

InsyaAllah kalau tak de apa2 erin akan realisasikan RAY & RIN ONLINE SHOP..Sekarang memang dah banyak yang dikumpul hasil pencarian kami.Belum sempat diambil gambar lagi.Dalam proses semuanya..INSYAALLAH doakan terbaik..

Persiapan kahwin belum siap sepenuhnya.Buat slow2 pun tak pe.Harap akan ok semuanya.




Jumaat, 25 Oktober 2013

My Simple DIY Paper Bag


Sekarang tengah buat paper bag doorgift untuk tetamu..Buat sikit-sikit insyaAllah siap juga nanti.Sebelum ni teramat pening bila memikirkan idea doorgift untuk tetamu..Hari-hari mengadap laptop dan online untuk dapat idea doorgift ni..Last2 dapat juga idea untuk doorgift.
Saya punya doorgift paper bag beli sendiri dan buat pun sendiri.Menjimatkan sedikit kos.

How to make DIY PAPER BAG

1)Paper bag brown (dibeli di mydin dengan harga 3.20 100 pcs)

2)Ribbon (beli 3 warna biru,merah dan purple)

3)Doily paper (beli dikedai kek tak ingat harga dalam rm3 keatas utk 250 pcs)
   -Doily paper ni saya warnakan sendiri pakai bahan pewarna (ambik yang pewarna biru)

4)Gam uhu (untuk lekatkan ribbon)

5)Sticky gum (untuk lekatkan doily paper pada paper bag)

6)Pewarna makanan star brand warna biru (boleh guna lain2 brand n lain2 warna,terpulang      
    ya)

Cara-cara
1)Saya gunakan pewarna makanan star brand warna biru.Letak sedikit air n masukkan pewarna ke dalam bekas..kacau-kacau sikit.
Contoh gambar pewarna makanan sumber ehsan google



Jom tengok gambar2 yang diambik dari google

ni contoh doily paper yang telah dicelupkan ke dalam bekas mnggunakan pewarna makanan.warna pink..cantekk..

2)Celup doily paper satu persatu ke dalam bekas air yang dicampur dengan pewarna makanan tu..

3)Lepas tu letakkan doly paper ke atas dulang besar n letak ditempat yang panas agar cepat kering..

ni pulak doily paper dalam proses untuk dikeringkan...

Dan hasilnya begini..cantek sangat


Ni contoh paper bag saya sendiri yang dalam proses untuk siap

simple jea tapi saya puas hati sangat2..hehe

Untuk sticker yang macam ni saya order dari laman fb

1000 pcs = 15 sen sahaja..dah kira jimat la ni..yang ni saya order dari Kad Kahwin Rodong,,Ni link dia 

Yang ni contoh gambar2 diy paper bag..sangat cantik n menarik..




ok sekian..sambung buat kerja pulak...












Ahad, 13 Oktober 2013

My Resepi...

Resepi saya sendiri..Jom try2 ek..Rajinkan diri..Walaupun sekarang takde masa sangat nak masak..disebabkan kesibukan dengan kerja..InsyaAllah ada masa akan try jugak masak my fav choc moist cake ni n beehun goreng special by me..hehe..


Kek coklat moist by erin yin

Bahan-bahan (kukus@bakar)

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil baking powder

2 cawan gula halus

4 biji telur gred A

250 gm buttercup

2 sudu kecil esen vanilla

*1 cawan serbuk koko

*1/2 cawan gula halus

*1 cawan air panas

*1/2 cawan susu cair

Cara-cara

1. Masukan bahan yang bertanda * serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan *susu cair kacau rata dan ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,

3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.

4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.




Beehun goreng by erin yin

       Bahan2
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Cili kering yg dikisar 
  • Beehun 
  • Sos tiram
  • Sos cili Life
  • Isi ayam
  • Fishball@fishcake
  • Udang@daging
  • Kicap lemak manis
  • Garam/penambah perisa
  • Sayur sawi
  • Cili api dipotong halus@ditumbuk (kalau nk pedas)


Cara2

1)tumbuk bawang putih+merah

2)panaskan mnyk ke dlm kuali,then mskkn bhn yg ditumbuk td ke dlm kuali..kacau n masukkn cili kering yg dikisar..erin selalu msk dalam 4 senduk,bg pedas..kacau rata..

3)mskkn cili sos dalam 2 senduk,sos tiram dalam 2 senduk..kacau2 pastu blh mskkn isi ayam,fishball,udang n apa2 yg suka..

4)mskkn cili api yg ditumbuk (jika mahu) ke dlm kuali..klau pekat taruk ckit air..letak garam n pnmbh perisa secukup rasa..kacau n kacau..

5)mskkn beehun dan kacau rata..

6)letak kicap lemak manis (ikut suka) n last mskkn sayur sawi..

7)kacau hngga sebati..hehe..bila dah masak boleh hidang..

8)nak bg cntik letak la hiasan lada merah,daun sup,bwng goreng okay..


Inilah 2 resepi by me erin..hehe..Sesiapa nak try blh la cuba yer....

Kerepek oh kerepek

  Hari ni tetiba terasa nak buat kerepek pisang pulak..hehe..selalunya akan singgah ke pantai cahaya bulan@PCB untuk beli kerepek pisang ni dengan seorang makcik.. en tunang fav gak kerepek ni..So tetiba rasa nak buat je kerepek ni..Try usha dkt google terjumpa la beberapa resepi untuk buat kerepek ni..Jom tgk resepi simple buat kerepek pisang..nyummy...

Bahan-bahan:-

Pisang, garam, air, dan minyak untuk menggoreng




pisang nangka yang muda

Cara buat kerepek


1-Pilih pisang yg cukup tua tetapi masih mentah belum masak. Belum ada kekuningan. Jika sudah mula mengkal kerepek akan jadi agak liat atau lemau. 

2.Kupas pisang bermula dengan memotong pangkal dan hujungnya dahulu. Kemudian hiris kulitnya secara memanjang . Hiris hingga pisau mencecah isi pisang. Buat beberapa hirisan kira-kira jarak 3/4 inci . Ini untuk memudahkan proses mengupas pisang kerana pisang muda kulitnya agak melekat dengan isi.

3. Guna penyagat dan sagatkan pisang ikut kesukaan, sama ada memanjang , serong atau tegak. Semuanya akan menghasilan bentuk yg berbeza. Saya suka potong cara memanjang untuk cepat siap :) . Letak penyagat di atas besen yg berisi air supaya pisang yg disagat jatuh dalam air dan tidak melekat antara satu sama lain. Sagat 3-4 biji pisang untuk satu gorengan.Anda boleh mengupas pisang hingga habis baru menyagat. Ikutlah mana yg selesa.

4.Bancuh satu sudu besar garam dan satu sudu serbuk kunyit dengan 3/4 cawan air. Air garam ini akan diguna untuk memasinkan kerepek.

5.Panaskan kira2 1 liter minyak masak. Bila sudah agak panas (jangan sampai berasap), masukkan pisang yg telah disagat dan ditoskan. Pisah2kan pisang ini menggunakan sudip. Biarkan 5-7minit, kacau sekali sekala.Bila pisang sudah mula mengeras, tabur 2 sudu air garam dalam kuali . Anda akan mendengar bunyi berdesir,
kacau-kacaukan kerepek supaya air garam rata. Goreng 2-3 minit lagi hingga bunyi desiran berhenti dan kerepek benar2 garing.Tos dan letakkan atas redai atau penapis.Biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara-semestinya
Tupperware one touch canister!

tips:
1-sementara menunggu kerepek selama 5-7 minit itu, anda boleh teruskan mengupas dan menyagat pisang. Ulangi proses mengoreng hingga habis pisang.
2- Tangan kita yang terkena getah pisang akan meleket dan bergetah coklat. Gunakan minyak masak untuk menghilangkannya. Kesat dengan tisu tebal.

tadaaa..kerepek pisang yang ready utk dimakan..

So nanti bila free2 boleh la try buat kerepek pisang ni..Kena rajin2 la,lagipun takde la susah sangat..simple,bahan pun mudah dapat..Selamat try la ya untuk diri ku..hehe....


Hantaran Kahwin

Salam semua.Sekarang duk pening fikir barang hantaran untuk majlis kahwin nanti.Dulu masa tunang hantaran 7 balas 7.Agak lain sikit coz jumlah sama.Imbas kembali hantaran tunang dulu..


 kasut + handbag

 Baju Kurung Moden

 Kain Baju Akad Nikah

Seluar jeans Evisu

kasut dr mart a.k.a domark

 baju n seluar untuk en tunang..

 kain baju melayu untuk encik tunang..

 cincin tunang untuk me..hehe

 coklat ferrero rocher..emm memang sedap..hehe

pic kek secret recepi yang ni jea sempat ambik..

Sekarang tengah fikir hantaran sesuai untuk majlis kahwin nanti.Tp Alhamdulillah dapat banyak info dari blog2 lain tentang senarai barangan untuk hantaran nanti..

CONTOH BARANG HANTARAN 

1. Cincin
2. Tepak sirih
3. Mas Kahwin/Duit Hantaran
4. Sirih Junjung
5. Gelang/Barang Kemas
6. Al-Quran (atau tafsir)
7. Kemeja/Seluar
8. Kasut
9. Jam Tangan
10. Dompet dan Belt
11. Beg Tangan
12. Sejadah
13. Telekung
14. Kain Ela
15. Baju Kurung
16. Potpouri/Bunga Rampai
17. Kain Pelikat (Sarong)
18. Tuala
19. Set Peralatan Solek
20. Set Wangian
21. Set Penjagaan Badan
22. Buah-buahan
23. Coklat/Manisan
24. Kek
25. Cupcake
26. Muffin atau biskut

Berikut disenaraikan antaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran perkahwinan bagi pihak perempuan:

·  Tepak sirih      
·  Mas Kahwin/Duit Hantaran      
·  Cincin/Gelang/Barang Kemas   
·  Baju Kurung    
·  Al-Quran (atau tafsir)   
·  Sejadah           
·  Potpouri/Bunga Rampai           
·  Tuala   
·  Jam Tangan     
·  Kasut  
·  Prayer Veil      
·  Telekung         
·  Beg Tangan     
·  Set Wangian    
·  Set Peralatan Solek     
·  Buah-buahan   
·  Kek    
·  Coklat/Manisan

Barangan Untuk Lelaki
·         Tepak sirih
·         Kemeja/Seluar (dengan Dasi)
·         Kain Pelikat (Sarong)
·         Dompet dan Belt
·         Al-Quran (or tafsir)
·         Sejadah
·         Potpouri/Bunga Rampai
·         Tuala
·         Jam Tangan
·         Kasut
·         Set Wangian
·         Buah-buahan
·         Muffin atau biskut
·         Kek
·         Coklat/Manisan

Info dari http://infoaday.blogspot.com/2013/03/barang-hantaran-kahwin-tunang-2013-2012.html

Contoh hantaran kahwin..










      Cantik2 hantaran kahwin ni..hehe..Diambik dari google..Rasanya untuk kahwin nanti nak beli yang simple jea dan sederhana..Cuma ada keinginan untuk membeli hp 2 bijik utk me n encik tunang.Bukan sajer suka2 tapi memandangkan hp me sangat la tak okay..Yang en tunang lagi la teruk.Tension kadang2 bila tengah call hp dia jem…Yang en tunang pulak teringin nak kasut kesukaan dan idamannya iaitu jeng2..kasut red wing..InsyaAllah ada rezeki lebih boleh la beli en tunang ya…

    Dapat beli hp yang ni pun best gak ni..


     Kasut idaman en tunang..doakan impian dia nak beli kasut ni tercapai,,InsyaAllah..


kasut red wing yang en tunang berkenan sangat2 ni..

ok la..setakat ni jea la coretan utk malam ini..masa utk rehatkan diri dan tido..esok kerja..huhu..selamat malam..peace..

Sabtu, 12 Oktober 2013

My new blog....

Coretan Hari Sabtu..

First time buat blog..before this memang tak ambik kisah mana pasal dunia blog ni..Tetiba berminat nk create blog sendiri..But still tak tahu lagi pasal blog ni..Kalau ada sesiapa tahu tolong bagi tunjuk ajar okay..

Serba sedikit mengenai saya..Berasal dari Pengkalan Chepa Kelantan..Ore kelate kito..Hehe..Lahir pada 9hb Ogos,umur 20++..My hobi baca novel,on9,dengar lagu..







 Seorang yang agak2 panas baran..Tapi pnyayang..hehe..that me..Sudah menjadi tunangan kpda en tunang tersayang Mr Shahray..Dan insyaAllah akan menjadi isteri kpda dia nanti lbh kurang 1 bulan lbh jea lg..Doakan semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan..Amin..






Semoga hubungan kami akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin..InsyaAllah..Doakan terbaik..

Kejap lagi nak sambung buat paperbag..diy paperbag gitu..hehe..jimat n jimat kos..Simple jea..Puas hati sebab hasil tangan sendiri..Merajinkan diri lepas ni ya...Contoh paperbag first try hari tu...hehe






Jumaat, 11 Oktober 2013

Debaran terasa...

LAGI 2 BULAN....

Debaran semakin terasa..lagi 2 bulan lg sebelum aku sah menjadi isteri kepada Mr Shahril bin Ismail.Dan lagi 2 bulan akan bertukar la status ku kepada PUAN..31 Mei 2013 saat manis bg aku kerana menjadi tunangan orang.Imbas balik kenangan 31 Mei 2013