Ahad, 13 Oktober 2013

My Resepi...

Resepi saya sendiri..Jom try2 ek..Rajinkan diri..Walaupun sekarang takde masa sangat nak masak..disebabkan kesibukan dengan kerja..InsyaAllah ada masa akan try jugak masak my fav choc moist cake ni n beehun goreng special by me..hehe..


Kek coklat moist by erin yin

Bahan-bahan (kukus@bakar)

2 cawan tepung gandum

2 sudu kecil baking powder

2 cawan gula halus

4 biji telur gred A

250 gm buttercup

2 sudu kecil esen vanilla

*1 cawan serbuk koko

*1/2 cawan gula halus

*1 cawan air panas

*1/2 cawan susu cair

Cara-cara

1. Masukan bahan yang bertanda * serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan *susu cair kacau rata dan ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,

3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.

4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.

5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat mencuba.




Beehun goreng by erin yin

       Bahan2
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • Cili kering yg dikisar 
  • Beehun 
  • Sos tiram
  • Sos cili Life
  • Isi ayam
  • Fishball@fishcake
  • Udang@daging
  • Kicap lemak manis
  • Garam/penambah perisa
  • Sayur sawi
  • Cili api dipotong halus@ditumbuk (kalau nk pedas)


Cara2

1)tumbuk bawang putih+merah

2)panaskan mnyk ke dlm kuali,then mskkn bhn yg ditumbuk td ke dlm kuali..kacau n masukkn cili kering yg dikisar..erin selalu msk dalam 4 senduk,bg pedas..kacau rata..

3)mskkn cili sos dalam 2 senduk,sos tiram dalam 2 senduk..kacau2 pastu blh mskkn isi ayam,fishball,udang n apa2 yg suka..

4)mskkn cili api yg ditumbuk (jika mahu) ke dlm kuali..klau pekat taruk ckit air..letak garam n pnmbh perisa secukup rasa..kacau n kacau..

5)mskkn beehun dan kacau rata..

6)letak kicap lemak manis (ikut suka) n last mskkn sayur sawi..

7)kacau hngga sebati..hehe..bila dah masak boleh hidang..

8)nak bg cntik letak la hiasan lada merah,daun sup,bwng goreng okay..


Inilah 2 resepi by me erin..hehe..Sesiapa nak try blh la cuba yer....

Tiada ulasan: